Bolaa

Assalamualaikum w.b.t,,


Alright. Seperti yang semua rakyat Malaysia tahu, hari ini merupakan perlawanan akhir AFFSuzukiCup2014. So, final malam ni ialah tak lain tak bukan >Malaysia vs Thailand. Cerita pasal bola ni, siapa je yang tak bersemangat kan melainkan orang orang yang memang tak minat bola especially yang perempuan. Aku? tak la minat sangat sebenarnya, tapi sebab Malaysia, aku tengok !! Haha.



Okay, pada 17 Disember 2014, Malaysia lawan kat Thailand. So, masa tu Thailand Berjaya goalkan 2-0. Tipulah kalau kami kami rakyat Malaysia tak hampa kan. Tapi takpa! Walaupu macam mana pun, kami tetap sokong pasukan Malaysia. Bukan sahaja dalam sukan bola sepak, malah badminton, hoki, takraw, karate, renang, angkat berat, batu seremban pun boleh kalau ada. Senang cerita, semua lah kan! So, kami semua pakat pakat tunggu perlawanan pada malam ni, 20 Disember 2014, pukul 8 malam. Semua dah tepacak depan tv. Mula mula, penalty by Safiq Rahim. Wahh, goal, Alhamdulillah. 2nd, Indra Putra pula sumbat goal.Sekali lagi, Alhamdulillah. 3rd, Safiq Rahim lagi. Alhamdulillah. Masa ni, hampir semua rakyat Malaysia including aku sekali dah mengharap In Shaa Allah, Malaysia menang sebab agg 3-2. Tapi, tu lah kan, tiada rezeki akhirnya Thailand sumbat lagi 2 goal. So, total total semua 3-4. Akhirnya, kemengan milik Thailand. Malaysia pun menang juga ya, tapi, tanpa piala.

Jadi, bagi aku, kira okaylah kan Malaysia dapat sumbat 3 goal hari ni time lawan Thailand ni haa. Bukan senang tau dak. One more thing, salah sorang pasukan Malaysia pun dapat award jugak tau. Haaa, hebat kan ! Nak tau siapa ? Ni diaa..
Handsome kan? Haha. Biasalah, orang Malaysia semua tampan tampan, cantik cantik. Apapun, tahniah buat Safiq Rahim, yang telah berjaya mendapat anugerah penjaring goal terbanyak.Tak ketiggalan juga skuad Harimau Malaya yang telah membanggakan kami semua, membanggakan Malaysia! Tahniah Malaysia! Gagal kali ni, bukan gagal selamanya. Kami, rakyat Malaysia sentiasa menyokong kalian dari belakang!


Malaysia sentiasa di hati !








Yaala kan, Malaysia Malaysia juga, esok lusa, result PT3 pula. Haihh.
#TAWAKAL
Assalamualaikum w.b.t


-AdrianaLiyanaZ :)

Popular posts from this blog

Asrama

My Belated Birthday

Dah Tua