Alright, cuti Sekolah !!
Assalamualaikum w.b.t Okay, 21.11.2014 (Jumaat) bermulalah tarikh cuti sekolah atau lebih dikenali cuti akhir tahun bagi sesi 2014 di Malaysia bagi pelajar sekolah seperti aku selain negeri negeri belah utara timur sana, sebab mereka dah start cuti semalam. Apa yang dapat aku saksikan adalah, rata rata pelajar sekolah ni, diorang akan post atau upload atau memasukkan atau yang seangkatan dengannya ke dalam laman laman sosial seperti... 1. FaceBook 2. WeChat 3. InstaGram 4. Twitter dan dan dan macam macam lagi. Aku? Haha. Yelah, nama pun 'budak asrama' manalah boleh nak bawa fon ke asrama apatah lagi sekolah. Hahaha. Tumpang kamera orang lain je. Hehehe. Kebanyakan gambar yang aku tengok sebentar tadi kat laman laman sosial tu kan, majoriti kelas tunggang langgang terbalik, dah tak macam rupa 'bilik darjah'. Mungkin sesuai 'Rumah Terbengkalai'. Haha. Tapi, tidak sekolah aku. Alright, ni bukan nak riak ke apa. Cuma kenyataan. Biar aku story morry sikit ap...