My Belated Birthday





Assalamualaikum w.b.t








Hey, hey,hey ! what's up?
hmm, takda apa. ehhhh! sat sat. Ada story maaa !




Pada tarikh 14 Februari 2015, terbuktilah bahawa aku dah menjangkau usia 16 tahun secara rasmi. Hahaha. Tua dah rupanya. Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang untuk aku mendekatkan diri lagi kepadaNya.






Nak dijadikan cerita la kan, ulang tahun aku tu jatuh pada hari Sabtu, masa tu pula aku kat asrama. So, macam biasa la kan, siapa yang ingat, diorang akan wish la. Ada yang bagi kad semua. So, happy la juga. Memang la kan, "tarikh" je pun, tak perlu nak over sangat kan.




So, malam hari Sabtu tu ada Roll Call kat asrama. Semua pun berkumpul dalam surau. Semua Exco Asrama bagi laporan apa yang pelajar asrama buat hal ke apa. Habis je bagi laporan semua, tiba tiba senior aku nama dia Kak Sheera, dia emosi pulak malam tu. habis semua exco dimarahnya. Aku pun naik heran, kenapalah akak ni emo pulak malam ni. Tadi okay je aku tengok. Hu ha hu ha lagi dengan kawan dia semua. Kau tahu, tiba tiba dia panggil nama aku, salah aku, dia kata,


"Kenapa tak bawak turun baju?! Kau tu dah la exco, macam mana nak tunjuk contoh kat budak lain?! Kau pikir, kitorang dah percaya respect semua dekat kau, kau boleh buat apa kau suka?!"


Lebih kurang macam tu la ayat dia. Srs pedad gila ayat dia. Aku nak marah, tak boleh. Dah memang salah aku. Tapi selama ni, aku tak bawak turun baju kat ampaian okay je. Hmm, entahla, bukan rezeki aku malam tu. So, akak tu marah gila sampai nak lempang aku bagai. Sedih kot. Aku baru pikir nak study Addmathsss dengan dia. tak jadila kan. Tiba tiba, Kak Sheera tengah bebel bebel, dia pun pandang depan then senyap. Pastu, semua kira 1,2,3 "Happy Birthday to you~.........."
Rasa nak marah semua orang. Haihh. Hahaha. Nangis la juga aku. Cenggeng la jugaa~


Esoknya tu hari Ahad, so dalam pukul 3 petang macam tu, ada announcement kata,
"Perhatian kepada semua pelajar Form 4, sila naik keatas sekarang. Anda semua ada tetamu"
Aku punyalah exited sampai ingat kawan kawan lama dating melawat. Naik je atas, rupanya diorang belanja Domino. Siapa? Sahabat sahabat seperjuang yang dicintai lah. Haihh, sweet sangat mereka ni. Dah habis makan, diorang pun tunggu je kat atas tu. aku pun naik pelik. Asal tak turun prep. So, aku pun on the way nak turun prep, tiba tiba diorang tahan. Aku pun ikut je lah.

Tengah syok bercerita tiba tiba ada manusia dari belakang tutup mata aku dengan kain hitam. Diorang bawak aku bejalan satu asrama tu. Last last. suruh aku duduk. Aku pun duduk. Semua tinggal aku macam tu je. Tiba tiba diorang simbah air paip dengan baling telur mentah + telur busuk perap 3 hari campur air kolam ikan. Pergghhh bau dia pula, semerbak Wangi!! Geli geleman aku dibuatnya. Tahu apa jadi lepas tu? Diorang buat bodoh macam tak ada apa yang jadi. Masing masing masuk prep buat homework tinggallah aku terkontang kanting sorang sorang. Hampeh betul masing masing!. Aku pun bawak diri mandi la ~

Sakit hati tu memang la kan. Tapi, diorang buat ni sebab diorang sayang kawan diorang. Payah tau tak nak dapat kawan macam ni. Aku bersyukur sangat sebab ditakdirkan berjumpa dengan sahabat sahabat aku yang comel comel ni semua. Aku tak pernah menyesal sekolah dekat sekolah semua perempuan. So ya! Haha! byebye. Assalamualaikum w.b.t :)


_AdnariaLiyana

Popular posts from this blog

Asrama

Dah Tua