Assalamualaikum w.b.t
Ya la kan, PT3 pun sudah, tunggu nak ambil keputusan je ha. Bila? tak lama dah ~ 3 hari lagi. Oh, pejam celik, pejam celik dah hari isnin. 22 Disember 2014. Haihh. nervos tu memang la ada kan. Tapi nak buat macam mana. Usaha pun sudah, berdoa tinggal tawakal je la. Apa yang dapat nanti tu lah hasil apa yang aku usahakan. In shaa Allah, ada rezeki, Alhamdulillah, kalau takda, Allah lagi tahu yang terbaik.
Tapi, aku ada dengar desas desus kat twitter, wechat, dimana berita tentang PM kita yang menyatakan bahawa :
Haaaa.. tu dia. sumbernya aku dapat dari kawan aku kat satu laman sosial ni. Mula mula, terkejut juga lah. Haihh, macam mana PM boleh bangga dengan seramai tu yang memperoleh straight As. Tapi, bila aku selidik balik, rupanya ada manusia yang tak bertanggungjawab yang melakukan benda benda macam ni. Sangat tak menghormati Dato Najib sebagai pemimpin Negara. Bila aku check kat twitter PM, mana ada semua ni. Merepek je. Aku pun hampir hampir percaya. Hebat betul manusia tu kan sampai boleh memutar belitkan cerita sebenar. Semoga Allah bukakan pintu hati dia untuk tak mengulangi kesalahan yang sama dalam memberi berita yang tak betul kepada masyarakat.
So, konklusi dia kat sini, kita tak boleh cepat percaya terhadap sesuatu perkara. Apa apa pun. Even hadis nabi pun, banyak juga manusia manusia yang nak memesongkan akidah zaman sekarang ni. Sebelum apa apa, baik kita selidik dahulu baru buat kesimpulan.One more thing, setiap apa yang kita lakukan, mestilah kena ada USAHA, diukuti dengan DOA dan akhirnya TAWAKAL. Kerana, setiap apa yang kita dapat, itu adalah usaha yang kita sendiri lakukan. Baik atau buruk, yang penting bersyukur sebab Allah tu Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmah.Okayy, so, itu sahaja untuk hari ni. Kalau ada sebarang perkara yanga aku nyatakan tadi salah atau sebagainya, tegur tegur la ya. Dan minta maaf juga kalau ada yang tersalah kata.
Assalamualaikum w.b.t,
-AdrianaLiyanaZ :)

