Alright, cuti Sekolah !!

Assalamualaikum w.b.t

Okay, 21.11.2014 (Jumaat) bermulalah tarikh cuti sekolah atau lebih dikenali cuti akhir tahun bagi sesi 2014 di Malaysia bagi pelajar sekolah seperti aku selain negeri negeri belah utara timur sana, sebab mereka dah start cuti semalam. Apa yang dapat aku saksikan adalah, rata rata pelajar sekolah ni, diorang akan post atau upload atau memasukkan atau yang seangkatan dengannya ke dalam laman laman sosial seperti...
1. FaceBook
2. WeChat
3. InstaGram
4. Twitter
dan dan dan macam macam lagi. Aku? Haha. Yelah, nama pun 'budak asrama' manalah boleh nak bawa fon ke asrama apatah lagi sekolah. Hahaha. Tumpang kamera orang lain je. Hehehe. Kebanyakan gambar yang aku tengok sebentar tadi kat laman laman sosial tu kan, majoriti kelas tunggang langgang terbalik, dah tak macam rupa 'bilik darjah'. Mungkin sesuai 'Rumah Terbengkalai'. Haha. Tapi, tidak sekolah aku. Alright, ni bukan nak riak ke apa. Cuma kenyataan.

Biar aku story morry sikit apa yang berlaku pada "Last Day of Aku Punya School".

Sebenarnya, hari ni sekolah aku ada mengadakan majlis persaraan seorang cikgu kat sekolah aku. Well, macam biasalah kan, nama pun majlis persaraan, so buatlah ucapan, persembahan and hadiah yang nak kena bagi kat cikgu. After tu, ada ... ianya dinamakan 'Lambaian Puteri'. Haaaaa, ini ialah aktiviti untuk baibai cikgu yang bersara tu waktu cikgu tu naik kereta mewah yang menghantar 'beliau' keluar dari sekolah. So. selesai je lambai melambai tu, kitorang semua diarahkan untuk masuk ke kelas masing masing balik untuk gotong royong. Cuma form 3 and form 5 je lah yang 'leypark' sebab kami takda kelas. Haha. So, sekolah aku tak macam sekolah lain yang gila gila tu. Pengetua sekolah aku mementingkan kecemerlangan. So, that's why lah kitorang ni dikira 'skema' la jugak bila bercampur dengan sekolah sekolah lain. 
So, tu lah kisah pasal sekolah aku untuk apa yang terjadi hari ni.

 
 Dalam pada aku rasa tak sabar sabar nak balik rumah ni, aku ada rasa satu perasaan sedih bila aku teringat pasal sahabat sahabat sebatch dengan aku. Aku sedih sebab majoriti daripada mereka nak pindah sekolah next year. Ada kemungkinan aku dah tak dapat jumpa diorang lagi. Aku? tak tahu lah pindah ke tak. Ada rezeki, pindah lah. Takda rezeki, stay je lah kat sekolah tu. Hmm, banyak sangat kenangan aku dengan diorang. Since form1 sampai form3 rasa macam masa cepat sangat berlalu. Dari dulu kitorang asyik gaduh, Tapi sekarang kitorang rapat sangat! Terutamanya, sesama budak asrama. Kitorang sentiasa bersama. Even dari lain lain kelas, tapi, kalau lepak kat sekolah, kitorang selalu kumpul sama sama. Hmm, maybe next year dah tak macam tu lagi. Suka sama sama. buat masalah sama sama, kena marah sama sama, kena bash sama sama, menang sama sama, makan sama sama, study sama sama, hang out sama sama.. hampir semua benda kitorang sama sama. Kadang kadang, bila aku rasa nak pindah sekolah, aku akan terfikir "Hmm, kalau aku pindah nanti, boleh ke aku dapat sahabat sebaik sekepala macam diorang ni?". Walaupun aku tahu, next year, tak semua akan ada kat sini lagi. Aku sayang diorang semua! Tapi, ye lah kan, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Itu memang dah lumrah kehidupan. Cuma, satu benda, even diorang dah jauh dari aku, aku akan tetap ingat kenangan suka duka kita dekat hostel sekolah sampai bila bila. And, bukan sahaja budak asrama, classmate aku jugak !





Aku akan rindu diorang semua. :')
Assalamualaikum w.b.t
-AdnariLiyanaZ

Popular posts from this blog

Asrama

My Belated Birthday

Dah Tua