Kisah PT3

Assalamualaikum w.b.t

hmm.. dah setahun lebih tak update blog. bukan apa, malas punya fasal. haha. okay, now act nak update balik fasal semua benda. From A-Z .Haha! tak la sampai Z, sikit sikit dulu. So, today aku nak share fasal PT3.

Walaupun orang kata budak budak pt3 dah merdeka, oh..tidakk bagi aku. Pasai pa?
Sebab ... result belum keluar. Nak tunggu result sangat menyeksakan berbanding nak ambil exam.
So now, biar aku cerita pengalaman aku nak ambil exam yang aku baru tahu formatnya last minute ni.

Form 1. Aku cuma budak biasa yang baru melangkah masuk alam persekolahan yang baru. Korang tahu, masa tu first time aku terkial kial tak tahu nak daftar kat mana, nak pegi mana.. maklumlah masa tu dah pun bergelar "budak Asrama".Orang kata kenalah berdikari sendiri. Mama papa pun takda nak teman aku. Mana taknya, dari darjah 1- darjah 5 semuanya mama papa yang uruskan. Haha! bunyi macam anak manja kan. Untuk pengetahuan, aku anak sulung. haha! Okay, sambung balik. Last last, dah settle semua benda. Dalam masa setahun aku belajar semua topik, semua tajuk, semua bab dalam semua subjek sambil lewa ja.Tapi, aku dikejutkan dengan something yang orang panggil PBS.Tahu apa benda tu ? "Pentaksiran Berasaskan Sekolah" untuk gantikan PMR. Masa tu risau betul aku mengenangkan apa benda yang nak kena buat dengan PBS tu.So, cikgu pun bagi penerangan fasal PBS. Yang paling merisaukan aku, cikgu sendiri pun tak tahu macam mana rupa PBS ni bila kitorang dah form3 nanti.Geram la jugak bila dengar cerita fasal kitorang jadi bahan ujikaji kerajaan (kononnya) .Tapi, apakan daya~ Masa tak akan kembali~ haha!Macam macam benda aku kena beli untuk buat PBS yang masih samar samar lagi tujuannya.Beli buku, beli fail..sampai aku kena marah dengan parents. Tapi takpa, sebab belajar punya fasal, aku tak kisah mama papa kata apa. Maybe diorang tak faham walaupun aku dah cuba explain elok elok. Biasalah benda baru, mereka ingat lebih kurang PMR, tapi hakikatnya..Then, bila dah lali fasal PBS, aku pun buatlah bersungguh sungguh sampai dapat band 6 for all subject.Even kitorang ada PBS, but still ada final exam and formatnya sama macam exam biasa.Tapi, kitorang cuma ambil exam pertengahan and akhir tahun saja.Well."PBS candidate" lah katakan.. Tapi, Alhamdulillah result mid-year and final exam aku okay.

 Form 2. Time form one, bertungkus lumus aku buat PBS sampai aku dapat 6 subjek (band 6) and 2 sujek (band 5). Alhamdulillah. Tapi, bila naik form 2, aku lupa diri sikit. Semua benda aku buat sambil lewa je. Pengaruh kawan pun ada, sebab stress pun ada, hmm.. dah bercampur baur semuanya. Maklumlah, dah jadi senior tua setahun dari form 1, tu yang lupa diri. haha! And, masa ni pula lagi banyak aku nak kena beli barang untuk PBS yang aku rasa barang last year boleh diguna pakai. Memang la ada perasaan 'bengang' sikit masa tu but trpaksa lah kan. So, aku ikut je lah apa yang cikgu nak. So, kitorang still buat PBS macam biasa sampai aku pun dah bosan dengan kertas yang dah belambak keliling pinggang yang sampai sekarang aku tak tahu motif sebenar PBS. Yelah, kau tahu, kitorang belajar satu topik dalam satu subjek and bila dah habis pembelajaran for topik tu kitorang akan buat test yang kononnya "PBS" tu. Then, masuk topik baru. Esok lusa, apa yang kitorang belajar dulu semua lupa serupa macam tak belajar. Buat test pulak, boleh je tengok buku. Itu sebab yang aku kureng la suka fasal PBS ni. After setengah tahun kitorang sekolah, ada satu berita ni pula kata kitorang kena duduki exam "PBSMR". Hah..aku dah runsing ! Apa kebendanya tu? Heboh cerita fasal tahun depan kena jawab exam tu ganti PMR. Semua pening kepala.Okay, dah berhenti cerita fasal PBSMR, tapi ada berita baru yang mengatakan PBSMR tukar kepada PPMR. Aduuhhhhh.. mana satu ni. Serious masa tu aku rasa nak pindah luar negara belajar kat sana. Rasa nak marah, stress, pening kepala semua ada ! Yelah.Dah la terumbang ambing PBS nyaa, tiba tiba ada PBSMR la PPMR la,, macam macam! Yang tanggungnya, student dengan cikgu. Haihh, aku tak tahu apa yang nak kena buat masa tu. So, form 2, sesi pembelajaran kitorang habis macam tu je. Buang masa.

Form 3. Macam apa yang aku cerita tadi, form 2, aku sangat buang masa. So, bila naik form 3, yang peliknya, aku tak rasa apa apa. Nervous pun takda, takut pun takda, panik ? lagilah takda. Still tak tahu mana satu betul. Neither PBSMR nor PPMR. Bila dah masuk bulan tiga, tiba tiba cikgu kata "Tahun ni, kamu semua harus menduduki peperiksaan PT3". Oh, tiba tiba jantung aku dah tak normal. Apa pula dugaan kali ni? Kitorang tanya cikgu apa bendanya tu? Macam mana formatnya? Lebih senang kah, lebih mudah kah ? And yang paling menyakitkan bila cikgu kata "Cikgu sendiri tak pasti macam mana bentuk soalan dan cikgu cuma difahamkan yang kamu semua bakal menduduki peperiksaan ini hujung tahun ni". See, cikgu pun tak tahu macam mana sebenarnya PT3. Ada satu hari ni aku balik kampung and aku dengar kat radio entah sapa sapa dia kata "Saya setuju. Dengan adanya PT3, ianya dapat melahirkan generasi yang berkebolehan berfikir aras tinggi. Selain itu, para pelajar tidaklah belajar sekadar dalam buku teks malah mereka dapat mengetahui / belajar mengenai dunia luar". Aku tak tahu pula siapa yang cakap macam tu. Masa tu, aku rasa nak tarik dia "meh duduk sini ajar aku macam mana nak buat PT3 ni, senang ke susah". Kitorang pon tak tahu macam mana PT3 ni, dia dah boleh kata macam tu.Then, lepas cuti bulan 3, kitorang pergi sekolah belajar macam biasa macam tak ada apa apa yang berlaku sampailah bulan 6. But sepanjang bulan 3 sampai bulan 6 tu, adalah desas desus dari cikgu and pihak luar yang bercerita fasal format PT3. Ada yang kata macam ni, ada yang kata macam tu, mana satu betul pun aku tak tahu. Tapi yang pasti, semua solan adalah subjektif and ada diselitkan soalan KBAT / HOTS which is (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) (High Order Thinking Skills). Huh, memang seronok bila dengar. Makin susah rupanya. So, lepas tu .. tibalah cuti penggal pertama yang hampir tiga minggu. Masa cuti memang seronok tapi bila buka sekolah balik, "Hari ni, semua pelajar tingkatan 3 dikehendaki naik ke Dewan Srikandi untuk taklimat PT3" . And, reaksi aku .. rilex je. Bila dalam dewan, semua orang fokus dengar apa yang cikgu nak sampaikan. Masa tu cikgu kata, still ambil 8 subjek tapi for geografi and sejarah hanya kerja khusus dimana kitorang akan buat dalam kelas.So, cikgu pun bagi penerangan fasal dua subjek tu. After tu, cikgu bagi taklimat untuk lagi 6 subjek. Kata cikgu, semuanya bertulis dan semuanya subjektif. No no lagi "Peper1", "Paper 2" . Untuk subjek BM and BI, kitorang ada ujian lisan 'mendengar' dan 'bertutur'. Exam untuk sejarah and geografi bulan 7, ujian bertutur dan mendengar, bulan 8, bulan 9 Trial PT3 and bulan 10 yang real punya. So, lepas aku dengar taklimat tu, berderau darah aku seluruh badan. Hanya Allah je yang tahu betapa risau nya aku..dengan masa tak banyaknya lagi. Dah la baru tahu formatnya sekarang. Sekarang dah bulan 7 dan aku masa tu "Ya Allah, sempat ke ni". Menangis aku. Bayang kan, ya, memang kitorang tahu format sebelum cuti lagi but, masih tak jelas lagi. And sekarang bila dah tahu, macam macam benda aku fikir. Kebanyakannya, negatif. Malam tu kat hostel keja aku nangis je mengenangkan apa aku nak buat untuk PT3 ni. Bila aku fikir balik, akulah harapan keluarga.Aku ada adik lagi. Aku nak diorang tengok kakak diorang berjaya and akan ikut jejak langkah aku. InshaaAllah. Lepas daripada tu, aku berazam untuk struggle for PT3 ni. Tak lupa juga aku berdoa supaya Allah permudahkan urusan aku, sahabat-sahabat aku, and semua batch '99. Alhamdulillah, for sejarah and geografi dah selesai. ujian bertutur and mendengar pun sudah.Trial, Alhamdulillah juga sudah tapi resultnya sangat sangat sangat tidak memuaskan membuatkan aku bertambah risau dengan real exam nanti.Okay, sekarang, tinggal PT3 sebenar je. Macam macam program yang sekolah buat untuk kitorang. Sedikit stress bila pengetua, cikgu cikgu and pihak PPD letak harapan yang tinggi untuk budak KRK. Memang dari dulu kitorang, budak KRK memang kena usaha lebih dari yang lain. Tapi, untuk kali ni, kami tak berapa yakin. Seriously. One day, ada sorang penceramah motivasi ni datang sekolah aku buat ceramah, dia ada kata, "Dalam dunia ni sebenarnya takda istilah 'pandai' atau 'bodoh' cuma yang ada ialah 'rajin' atau 'malas". Bila aku fahamkan balik ayat dia, memang ada betulnya.Sejak tu aku tak rasa diri aku ni 'bodoh' tapi sebaliknya aku ni 'malas' . So, aku balik hostel, aku study study dan study. Penceramah tu juga ada kata kita perlu Percaya dan Yakin dengan apa yang kita lakukan. Sentiasa juga berfikiran positif. So, lepas tu, hidup aku hari hari dengan buku je. Tapi satu benda la. Tiap kali aku study dalam kelas, mesti..oh, tak. Wajiblah aku akan tidur. Memang dari form1 lagi aku macam tu. Tidur adalah rutin aku dalam kelas. Sampai dah nak PT3 pun still lagi. Kawan kawan aku pun dah fed up nak kejut. Haha! Okay, dah! So, lepas Raya Haji. 7 hari lagi nak PT3. Debaran semakin increasing. Haha! Apa tu ? Abaikan. 7 hari lagi, 7 hari !! Dah ready ke belum ni ? Oh, aku memang tak berani nak cakap. Hari demi hari, aku lewati~ untuk tempuhi perjuangan aku menghadapi PT3 ni. Memang dah banyak sangat rama rama dalam perut ni. Nervous ! Nervous ! 2 hari sebelum PT3, aku minta maaf kat mama papa time diorang datang melawat aku kat asrama. Mintak restu, minta doa dari mereka. Minta maaf kat kawan kawan, senior senior, junior, warden, acik dining, acik jaga .. semualah. Dengan cikgu pun Alhamdulillah sudah. Hubungan dengan manusia aku jaga, tak lupa juga hubungan dengan Allah. Tak berhenti aku berdoa, minta ampun. Bukan untuk aku sorang. Untuk semua orang. And, tibalah hari yang dinanti nantikan. Takda lah dinanti nantikan sangat. Tapi memang kenalah. So, tipulah kalau aku kata aku tak panik. Huh, Allah je yang tahu betapa aku risau nya masa tu. Mama pernah pesan, kalau nervous, baca surah al-asy dan ayat untuk permudahkan urusan. Alhamdulillah hari pertama dah pun selesai begitu juga hari kedua. Masuk hari ketiga, subjek KH and Agama. Alhamdulillah, selesai KH sekarang Agama pula. Masing masing masuk dewan muka rilex je. "Alah, agama je kot", kata kawan aku sorang ni. Then, bila tengok paper, MasyaAllah, "Tidak pernah ku lihat soalan agama sebegini rupa". Ada lebih kurang 12 soalan KBAT dimana semuanya 4 markah. 4x12 =48 markah semuanya uii.. banyak tu. semuanya suruh bagi pendapat,berikan hujah,macam mana nak ni, macam mana nak tu.. oh.. paper yang paling tak disangka sangka susahnya and hakikatnya memang susah. Berceramah aku dalam paper tu. Haha, tapi, Alhamdulillah la boleh jawab semuanya.

So, tu lah pengalaman aku menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Rugi rasanya sebab form1 and form 2 buang masa macam tu je. Untung budak budak lepas batch '99. Diorang dah didedahkan soalan KBAT/HOTS awal awal. So, aku harap diorang dapat gunakan masa yang diorang ada ni sebaik mungkin. Takla jadi macam kitorang yang kelam kabut ni. Dah tak boleh buat apa, cuma tinggal tawakal dan berdoa pada Allah je sekarang ni. Jadi, ni adalah pengajaran buat aku supaya tak jadi macam ni lagi bila nak ambil SPM nanti. Harap aku boleh prepare lebih awal bukan 3 bulan sebelum. Haha! So, ya !
Itu je kot yang aku nak kongsikan untuk hari ni. Haha! Okay, Assalamualaikum. :)

-NLAZ

 


Popular posts from this blog

Asrama

My Belated Birthday

Dah Tua